"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain" ~ Selamat menjadi Nurse-nurse yang OSEM~

Sunday 13 May 2012

Bangga kerana terpilih menjadi Jururawat (^^,)

Urm.. jadi nurse? Best tak jadi nurse? Huhu..soalan famous bila diaorang tahu ku jadi nurse. Dulu-dulu masa jadi student dulu pun, soalan tu selalu berlegar-legar di telingaku. Awat korang semua pelik..tak bleh ke jadi nurse? (dengan tone yang tak puas hati..)
Dak eah..bukan tak bleh tapi, macam tak berbaloi jadi nurse. Belajar susah-susah bertahun-tahun..tub2 jadi kuli Doktor ja. (Jawapan separa kecewa).Asyik kena marah sana sini, bukan salah kita pun kena sembur juga. Silap-silap kena dimalukan depan pesakit..apa..dia ingat kita tak ada maruah ka? (sambil cekak pinggang..)

Relaks..cool la bro..tak cool la kalau nurse macam tu..asyik emotion ja..relaks..meh kita celoteh isu ni sama-sama..
 Dulu, pernah juga buat survey dikalangan junior ku..rata-rata jawapan kepada soalan famous ni adalah ~ tak niat pun nak ambik nurse, tapi.. entah secara kebetulan kot..hehe

 ~dulu tak minat sangat..tapi, sekarang dah minat sikit-sikit
~saya pikir nurse ni lebih kurang Doktor la keje die..macam best ja (sangkaan yang totally meleset..huhu) ~mak yang suruh ambik nurse sebab peluang pekerjaan terjamin (urm..yeke?)
 ~saya terpaksa ambik nursing! (aish..pelik la..)

Dan jarang jawapan ini diberi:
~ya, saya amaaaattt minat menjadi seorang nurse..dari dulu lagi saya sangat adored dengan nurse ni..

 Yang pastinya adalah, walaupun apa jawapan yang hangpa sume bagi...korang (yang sedang baca belog ni) dah tentu sama ada dah jadi nurse, bekas nurse, bakal nurse (pelajar), retired nurse, atau yang pernah mengenali nurse..sudah pun melihat sendiri dan rasa sendiri agaknya bagaimana seorang nurse ni kan.. pahit, manis, masam, sweet sour, BBQ, osem dan lain-lain rasa.. orang kata, berat mata memandang berat lagi beban yang kita bawa. Orang bleh kata macam-macam ikut suka rasa mereka..tetapi, kita sahaja yang benar-benar merasa menjadi nurse bukan?

 Saat mereka kata kita tidak buat kerja..hanya Allah yang menilai kita. Saat mereka kata kita tidak tahu senyum, hanya nubari hati kita sebagai saksi apa perasaan kita. Saat mereka kata kita kasaq buat kerja, sudah sebaik mungkin kita melaksana kerja. Saat mereka kata kita tidak mesra alam, kita tertanya layanan yang bagaimana yang mereka mahukan? Saat kita memberi health education..mereka kata kita pandai cakap saja. Saat kita tidak tidur malam bersengkang mata dok jaga depa, mereka kata “aleh..dah dibayar gaji, kenalah kerja”. Saat bell dibunyikan dan kita terlambat sikit datang, mereka kata kita “slow”, atau paling sadis mereka kata “kita malas nak kerja”. Saat kita “tersilap” sedikit..mereka kata “tak tahu buat kerja ke?”. Saat kita suap makanan mereka, jarang yang berkata “thanks ya”. Saat kita menahan kembang kerongkong dari muntah sewaktu buat “bedpen” mereka, anak-anak mereka hanya melihat sahaja dan selamba berkata “ala..dah kerja dia..”. saat kita berlari ke sini dan kesana memberi yang terbaik untuk mereka..segelintir sahaja yang menilainya...urmm

 tetapi, jika bukan kerana merasakan kita buat semua itu adalah kerana Nya...sudah lama patient yang banyak songeh tu kita buat “bo layan”. Sudah lama Doktor yang merasa dia perfect tu kita boikot. Sudah lama, patient yang tidak tahu meghargai tu kita buat tidak tahu sahaja.. memang sudah lama..

 pastinya..Allah telah memilih kita semua pernah, akan dan sedang bergelar “nurse” “jururawat” “perawat”. Ya, kerjaya yang tidak glamour ini. Ya kerjaya, yang sering dipandang rendah oleh kebanyakan masyarakat.Ya kerjaya yang disinonimkan kelas strata yang rendah (eh ye ke?).. ALLAH telah MEMILIH kita berada di sini.

Duhai saudara “nurse” sekalian..

Biarkan depa semua nak cakap apa sekalipun. Biaq pi..lantaq depa la.. (Depa kata dapat kat depa) Biarkan mereka dengan tanggapan mereka..biarkan mereka.. kita adalah kita.. “Ya tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini sia-sia Maha suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka” (3: 191)

Keberadaan kita dalam Nursing bukanlah suatu yang sia-sia. Mai kita mulai dari hati kecil kita pemurnian niat ikhlas kita. Tidak kita berada dalam nursing kerana sebuah keterpaksaan..bukan juga sebab nak cari galmour, bukan sebab dapat pakai baju nurse (Ape merepek ni?), bukan sebab apa-apa..tapi, mulailah nyatakan “ ku jadi nurse kerana Allah”. Inilah ladang amal kita. Ladang untuk kita menyemai benih, kita jaga, kita sirami..lalu, di sana nanti..kita tuai dalam naungan rahmat dan kasihNya..seseorang pernah berkata pada saya.. berada dalam nursing ini membuatkan dia merasa dekat dengan ALLAH (terkesan juga kat qolbun saya, bila dia cakap macam ni..huhu)

 Bermulalah untuk merasa OSEM menjadi NURSE (^_^)

Friday 11 May 2012

~Dia seorang NURSE~

Bismillah..
Selamat Hari Jururawat buat sekalian nurse..






~ bekerja dengan hepi dan gumbira~ bukan kerana dapat makan kek (tapi, memang best+Sooodaap  pom..),bkn kerana HOD blanje makan, bkn kerana dapat wish dari Doktor2, patient2 ja..tetapi, kerana terpilih menjadi seorang nurse..insyaAllag nurse yang OSEM~ (^___^)